Peralihan yang sempurna dari jawatan pekerja bawahan ke jawatan penyelia adalah penting untuk semua organisasi dan ia amat mencabarkan untuk pekerja itu sendiri. Keadaan masakini telah berubah. Tugas penyeliaan masakini tidaklah seperti dahulu. Perubahan-perubahan masakini seperti daya-saing globalisasi yang semakin sengit, teknologi baru pengeluaran, perkembangan teknologi maklumat seperti Internet yang tersebar luas, pekerja-pekerja bawahan yang semakin berpengetahuan menyebabkan tugas seorang penyelia menjadi lebih rumit dan penuh dengan cabaran. Untuk berjaya, Penyelia memerlukan kemahiran penyeliaan moden untuk memikul beban tanggungjawab tugasan masakini ini.
Program latihan ini dikhaskan untuk menolong penyelia-penyelia yang sudah berpengalaman dan juga penyelia-penyelia yang baru dinaiki pangkat untuk mendapat kemahiran-kemahiran yang sangat diperlukan supaya mereka dapat mencapai matlamat organisasi dengan lebih berjaya dan yakin.
