Kawalan Mutu Kaedah Statistik atau Statistical Process
Control (SPC) merupakan satu teknik asas dan terbukti
untuk mengawal proses kerja, terutama sekali untuk
peningkatan mutu kerja dan produk. SPC telah menjadi
suatu kaedah piawai yang digunakan, sejak 1940an sehingga
kini, di merata-rata dunia, oleh semua industri. Cara
tradisional kursus ini diajar melibatkan banyak aktiviti
kiraan matematik, rujukan kepada jadual statistik,
dan banyak masa diluangkan untuk melukis graf-graf
kawalan mutu. Cara pengajaran tradisional ini bukan
sahaja memakan banyak masa, ia juga senang mengelirukan
dan membosankan peserta sehingga mereka hilang minat
belajar konsep-konsep yang begitu penting untuk kerja
mereka.
Kursus ini mengambil pendekatan yang berlainan, cara
yang lebih pintar dan cepat untuk pelajar memahami
dengan lebih mendalam konsep-konsep asas statistik
dan teknik SPC. Dengan menggunakan komputer
dan perisian spreadsheet biasa (seperti MS Excel ),
kami boleh memudahkan aktiviti-aktiviti yang membosankan
ini (seperti membuat banyak kiraan matematik, merujuk
kepada jadual-jadual statistik, mengingati formula,
dan melukis graf) kepada cuma satu atau dua klik sahaja
di papan kunci komputer. Cara pintar ini dapat mencepatkan
proses pembelajaran dan membenarkan pelajar menumpu
perhatian kepada subjek-subjek yang lebih penting
iaitu analisa dan tafsiran corak
pada carta kawalan serta mengambil langkah-langkah
tindakan untuk mengembalikan proses tahap luar kawalan
kepada tahap terkawal.


Teknik simulasi komputer juga digunakan dalam kursus
ini untuk membantu mendalamkan lagi kefahaman pelajar
akan fungsi teknik SPC dalam membantu mengawal proses,
menentukan keupayaan proses dan bagaimana menyelesaikan
masalah. Kursus ini mengunakan pelbagai kaedah pengajaran
serperti kes latihan, simulasi komputer, perbincangan
berkumpulan dan penglibatan diri untuk mencepatkan
dan mendalamkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Kursus ini adalah penting dan khusus untuk mereka
yang betul-betul mahu belajar SPC menggunakan kaedah
pintar