Kumpulan Kawalan Mutu (QCC) atau Innovative &
Creative Circle (ICC) ialah sekumpulan kecil pekerja,
berasal dari bahagian tempat kerja yang sama, berkumpul
secara sukarela untuk mengenalpasti masalah kerja,
menganalisa, menyiasat punca sebab masalah dan seterus
mencadangkan penyelesaian dan menyelesaikan masalah
tersebut. Amalan QCC dalam organisasi
dapat membantu memperbaikkan mutu kerja, kualiti produk,
meningkatkan produktiviti, menyenangkan komunikasi
diantara pekerja dengan pengurus, dan seterusnya menyumbang
terus kepada keuntungan organisasi tersebut.
QCC memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan
ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Dengan mengamalkan
QCC secara besar-besaran, Jepun telah dapat membangkit
dan menguasai pasaran dunia dengan barangan yang berkualiti
tinggi dan harga murah. Melalui pengalaman Jepun,
95% dari masalah di tempat kerja boleh di selesaikan
oleh QCC dengan bantuan alat-alat QC [Ishikawa, 1986].
Bersama dengan teknik penyelesaian masalah yang bersistematik,
alat-alat QC dapat membantu ahli-ahli QCC menyelesaikan
masalah kerja mereka dengan mudah.


QCC juga bertanggungjawab memperbaikkan hubungan
dan komunikasi 2-hala diantara pekerja dan majikan.
Majikan menjadi lebih peka terhadap masalah yang dialami
oleh pekerja dan memberi sokongan penuh kepada pekerja.
Pekerja pula menaruh minat, perhatian dan kemahiran
mereka untuk menyelesaikan masalah dan memperbaikan
mutu produk dan suasana kerja mereka. Program QCC
secara amnya memerlukan struktur organisasi yang terlingkung
dalam sistem standard kualiti ISO 9000 dimana struktur
organisasi pengurusan dan latihan diberikan penuh
perhatian. QCC merupakan sebahagian daripada program
Pengurusan Kualiti Keseluruhan (TQM) syarikat. Organisasi
yang mengamalkan program QCC juga dapat menambah kepada
keyakinan pelanggan.
Kursus ini adalah direka khusus untuk melatih Ahli-Ahli,
Ketua dan Facilator kumpulan QCC/SGA bagaimana membentukkan
kumpulan, menjalankan aktiviti QCC dan menjayakan
objektif QCC di dalam organisasi. Kursus latihan ini
adalah asas dan perlu untuk mereka yang mahu mengamalkan
dan menjayakan program QCC/SGA di tempat kerja mereka.