Back to homepage Contact us  
List of training courses View trainer's profile

Course Details

 
 
 
 
 
 
 
 
KEMAHIRAN MOTIVASI DI TEMPAT KERJA
   
PENGENALAN :
 

Motivasi adalah kunci kepada kepuasan kerja dan kejayaan dalam hidup. Motivasi ialah daya dinamik yang mendorongkan tingkahlaku pekerja untuk mencapai prestasi kerja cemerlang atau matlamat yang lebih baik. Motivasi merupakan suatu dinamo kuasa terpendam, apabila digunakan dengan betul, dapat membina semangat bertekun dalam individu dan kumpulan untuk mencapai matlamat-matlamat unggul walaupun mereka menempuhi banyak cabaran-cabaran dan halangan-halangan besar. Walaupun subjek motivasi ini sangat penting, namum banyak organisasi tidak memberi latihan rasmi kemahiran motivasi yang mencukupi untuk melengkapkan pekerja apabila melantik mereka ke pangkat penyeliaan atau ketua kumpulan.. Mereka beranggap bahawa apabila dilantik, penyelia atau ketua kumpulan secara automatik akan tahu memotivasikan orang-orang dibawah jagaan mereka. Anggapan ini bukan sahaja salah, malah ia menimbulkan banyak isu-isu di mana ramai pekerja-pekerja bawahan merasa tiada kepuasan kerja dan menghampakan.

Banyak teori-teori motivasi boleh digunakan untuk membantu kita memahami tingkahlaku manusia dan membentukan sistem organisasi yang berkesan. Matlamat kursus ini bukanlah untuk menjelaskan semua teori-teori ini dengan secara mendalam. Matlamat kursus ini memokus khususnya kepada beberapa konsep penting, teknik-teknik dan tip-tip untuk menjayakan motivasi di tempat kerja. Lebih tepat lagi, kursus ini direka khusus untuk melatih peserta untuk mencari penyelesaian kepada soalan-soalan seperti berikut:
· Apakah yang memotivasikan pekerja untuk melakukan kerja mereka dengan bersungguh-sungguh?
· Apakah pekerjaan itu yang dapat membangkitkan motivasi dan meningkatkan pencapaian individu atau kumpulan?
· Bagaimana memotivasikan diri sendiri?
· Bagaimana seorang pemimpin membentukan komitmen dalam pekerjanya?
· Apakah cara-cara untuk mendapatkan pekerja termotivasi?

Program latihan ini akan menyediakan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk memimpin pekerja supaya mereka akan termotivasi. Teknik pengajaran seperti perbincangan, kes belajar, latihan individu & berkumpulan, video dan kuliah akan digunakan untuk menambahbaik pembelajaran dan minat perserta dalam kursus ini..

OBJEKTIF KURSUS:

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan...

  • Faham kepentingan motivasi dan kesannya kepada pencapai kerja pekerja
  • Belajar keberkesanan kebebasan untuk memilih dan bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri untuk mencapai matlamat peribadi.
  • Belajar teori-teori motivasi
  • Belajar bagaimana menyediakan keadaan tempat kerja dan peluang untuk pekerja mencapai motivasi.
  • Belajar tip-tip motivasi
Kandungan Kursus :


Pengenalan:

  • Latihan 1 : Belajar motivasi
  • Apakah itu motivasi?
  • Konsep yang betul berkenaan dengan motivasi
  • Latihan 2 : Memotivasikan orang lain
  • Memahami prinsip-prinsip semulajadi & motivasi.

Motivasi Kendiri

  • Kebebasan memilih; Berproaktif
  • Melatih kesedaran diri
  • Kebolehan lawan kesanggupan
  • Video: Motivasi Kendiri
  • Kes Belajar 1

Teori-teori Motivasi

  • Kefahaman motivasi dari kajian selidik pengurusan
  • Tatatingkat Keperluan Maslow
  • Hertzberg: “motivator” and faktor “hygiene”
  • Kejangkaan dan Kesaksamaan
  • Peneguhan Positif and Negatif

Memotivasti Pekerja

  • Latihan 3: Memotivasikan pekerja
  • Menguruskan perjanjian, bukan orang
  • Kerja sebagai “Game”
  • Cara konfontasi yang betul
  • Tip-tip untuk penyelia
KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:

Kursus ini sesuai untuk:

  • Engineer, Pegawai, Penyelia, Ketua Kumpulan dan mereka yang perlu menyeliakan pekerja-pekerja lain atau kumpulan dibawah jagaannya.
 
MaKlumat-maklumat selanjutnya :
Kursus akan mengambil : 2 Hari
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Program In-house or Publik
Media bahasa : Bahasa Melayu
 
 
PELATIH :
 
 
 
 
 
 
Back to Top
 
Home | Courses | Trainer Profile | Contact Us
Train for Personal Effectiveness and Organizational Growth
2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved.