Back to homepage Contact us  
List of training courses View trainer's profile

Course Details

 
 
 
 
 
 
 
 
7 ALAT-ALAT KAWALAN KUALITI (7 QC TOOLS)
(Menggunakan Microsoft® Excel)
   
PENGENALAN :
 
“Istilah “7 alat untuk QC” ialah sempena nama 7 alat yang digunakan oleh seorang pahlawan terkenal yang bernama Benkei. Benkei telah menggunakan semua senjatanya ini untuk memenangi semua peperangan yang dilaluinya. Daripada pengalaman saya , anda akan dapati bahawa anda boleh menyelesaikan 95% masalah di sekeliling anda jika anda menggunakan 7 alat QC secara matang.”
- ISHIKAWA KAORU, Professor Emeritus, University of Tokyo

 

Penyelesaian masalah dan kesesatan mempunyai persamaan. Dalam kedua-dua keadaan ini, anda tidak tahu dimana anda berada. Dalam proses pembaikan kualiti, seseorang perlu tahu dimana ia berada, apakah masalahnya dan apakah yang menyebabkan masalah itu berlaku sebelum penyelesaiannya dapat dicari. Penyelesaian masalah perlu mengikuti satu kaedah yang berlogikal dan bersistematik. Kaedah ini menumpu kepada pencarian dan penyelesaian punca masalah. Lain-lain kaedah yang kurang bersistematik besar kemungkinan akan cuba menghapuskan jejala-jejala yang disebabkan oleh masalah itu, bukan punca masalah itu sendiri. Usaha penyelesaian masalah yang tersusun perlu mengunakan berbagai alat kawalan kualiti untuk menganalisa masalah. Alat-alat dalam 7 Alat untuk Kawalan Kualiti (7 Alat QC) ini adalah senang difahami dan merupakan alat-alat saintifik yang asas untuk segala aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah dan kawalan kualiti.

 
Berbeza dari kaedah pengajaran 7 Alat-Alat QC, kursus ini mengekploitasikan penggunaan pengisian komputer seperti Microsoft ® Excel untuk mencepatkan kerja-kerja mengira, melakar graf dan pencarian nombor dari jadual-jadual stastistik. Dengan melakukan demikian, kursus ini dapat meluangkan lebih masa dan fokus kepada topik-topik yang lebih penting seperti menafsirkan keputusan-keputusan yang terhasil dari alat-alat QC ini dan bagaimana melaksanakan pelan tindakan pembaikkan mutu yang selanjutnya. Teknik pengajaran kursus ini termaksuklah simulasi komputer untuk menolong menambah dan mencepatkan fahaman peserta terhadap penggunaan alat-alat QC dalam penyelesaian masalah kualiti.

OBJEKTIF KURSUS:

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan...

  • Memahami cara penggunaan alat-alat QC dan kebaikkannya dalam menolong menyelesaikan masalah kualiti
  • Membelajari bagaimana membina alat-alat QC (secara manual dan secara cepat melalui penggunaan perisian komputer)
  • Membelajari cara yang efektif untuk menyelesaikan masalah menggunakan proses yang sistematik
  • Dapat menafsirkan data dan membuat keputusan bisnes yang tepat dan betul dengan penggunaan alat-alat kualiti yang betul
  • Membelajari cara penyampaian projek penambahbaikan kualiti
  • Mengalami perasaan kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah
Kandungan Kursus :


Pengenalan:

  • Kenapa menggunakan MS Excel sebagai alat statistik?
  • MS Excel : Add-in, fungsi, carta
  • Kelebihan membuat persembahan dengan carta-carta.
  • Apa itu 7 Alat-Alat QC?
  • Menggunakan 7 Alat QC dalam lingkaran penyelesaian masalah PDCA
  • Pengenalan kepada proses penyelesaian masalah secara sistematik

Memahami Data & Statistik

  • Jenis data, variasi, sisihan dan "Central Tendency"
  • Statistik Deskriptif
  • Hukum Variasi
  • Sebab-sebab "Common" dan "Special"

Kes Belajar : Membuat Keputusan Penambahbaikan Kualiti

  • Membuat keputusan penambaikan kualiti & bisnes.
  • Penggunaan pendekatan PDCA untuk menyelesaikan masalah.
  • Aktiviti-aktiviti QCC

Alat: Histogram

  • Bila dan kenapa menggunakan Histogram?
  • Membina sebuah Histogram
  • Menafsir keputusan dari Histogram
  • Stratifikasi dan lain-lain penafsiran

Alat: Carta Pareto

  • Bila dan kenapa menggunakan Carta Pareto?
  • Membina sebuah Carta Pareto
  • Menafsir keputusan dari Carta Pareto
  • Lain-lain penafsiran

Alat: Kertas Semak

  • Bila dan kenapa menggunakan Kertas Semak ?
  • Membina Kertas Semak
  • Menafsir keputusan dari Kertas Semak
  • Stratifikasi dan lain lain penafsiran

Alat : Graf

  • Bila dan kenapa menggunakan Graf?
  • Membina Graf
  • Lain-lain penggunaan graf.

Alat : Carta Sebab & Akibat

  • Bila dan kenapa menggunakan Carta Sebab & Akibat?
  • Membina Carta Sebab & Akibat
  • Teknik "Brainstorming"
  • Teknik menyoal cara 5 W’s dan 1H

Alat : Carta Sebaran

  • Bila dan kenapa menggunakan Carta Sebaran?
  • Membina Carta Sebaran.
  • Menafsir keputusan dari Carta Sebaran
  • Stratifikasi dan lain lain penafsiran

Alat : Carta Kawalan

  • Pengenalan kepada Carta Kawalan?
  • Membina satu carta kawalan yang dasar: Carta Xbar-R.
  • Penafsiran keputusan dari Carta Xbar-R
  • Lain-lain penafsiran

Latihan-latihan MS Excel

  • Kaedah cepat untuk membina kesemua 7 Alat QC menggunakan MS Excel.
  • Menafsirkan keputusan hasil dari analysa data Alat-Alat QC.
  • Stratifikasi dan membuat keputusan berdasarkan analisa data.
**NOTA PENTING ** :

Perisian komputer spreadsheet akan digunakan sepanjang kursus ini untuk mencepatkan pembelajaran berkenaan dengan pembinaan alat-alat QC. Adalah penting para peserta fasih dengan penggunaan perisian spreadsheet seperti MS Excel. Template MS Excel yang bernilai akan diberikan. Peserta dapat menjimatkan banyak masa menggunakan template yang diberikan.

Jika peserta mahu belajar dasar-dasar menggunakan perisian Microsoft® Excel sebelum menghadiri kursus ini sila klik di sini untuk mendapat maklumat selanjutnya.

KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:

Kursus ini sesuai untuk:

  • Eksekutif, Engineers, Supervisors, Technician, QCC Facilitators
  • Team (Project/SGA/QCC/WIT) Leaders & Members
 
MaKlumat-maklumat selanjutnya :
Kursus akan mengambil : 2 Hari
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Program In-house atau Kursus Awam
Media bahasa : Bahasa Melayu
 
 
PELATIH :
 
 
 
 
 
 
 
 
Back to Top
 
Home | Courses | Trainer Profile | Contact Us
Train for Personal Effectiveness and Organizational Growth
2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved.